Taugeh....sape nak tau khasiatnya..

Khasiat TAUGEH...
(Sumber ini diperolehi dari buku Dr HM Tuah Iskandar al-HAJ) berjudul Tau Tak Apa.

1. Taugeh menyumbang kepada kesuburan Lelaki dan Wanita. Kalau orang lelaki makan spermanya makin baik. Kalau pada wanita pulak membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

2. Taugeh mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah Kanavanin(canavanine) sejenis asid amino. Kanavanin mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

3. Taugeh membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama taugeh dalam memerangi sel kanser.

4. Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tak ada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.

5. Taugeh ada estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang serta mencegah kerapuhan tulang(osteoporosis)



Bersambung....

 

No comments:

Post a Comment