Memberi menghidupkan suis pintu rezeki .....Cubalah...

Kalau anda mahukan sesuatu, berikannya pada orang. Merepekkah bunyinya?
  

Walau apa pun yang anda mahu, anda akan mendapat lebih banyak dengan memberikan sebahagian yang ada pada anda kepada orang lain.
Apabila petani mahukan lebih banyak benih, dia memberikan benih yang ada padanya kepada tanah.

Apabila anda mahukan senyuman, anda berikan senyuman.

Apabila anda mahukan kasih sayang, anda berikan kasih sayang.

Apabila anda menolong orang, mereka menolong anda.

Apabila anda mahu kena tampar di mulut?  anda tampar mulut orang.

Dan kalau anda mahu orang memberi wang? Berkongsilah sebahagian wang anda dengan orang lain.

Ada orang berkata : " Saya telah memberikan seluruh hidup saya, dan tidak mendapat balik satu apa pun."  Sebenarnya mereka tidak memberi. Tetapi mereka BERKIRA. Jelas  Bezanya.

Intisari: Rahsia memberi ialah memberi tanpa balasan walaupun sedikit. Kalau anda menjangka mendapat balasan, Anda mengharap hasil- dan apabila anda mengharap, Kuranglah yang terjadi.
Dipetik dari buku " Ikut Hati Anda" karya Andrew Methews


No comments:

Post a Comment