Lapik Tilam Ajaib

BVSleepMate terbukti mampu merawat dan mencegah:-

● Asma
● Migrain
● Sengugut
● Gout
● Arthritis
● Darah Tinggi / Hypertension
● Diabetes
● Sakit Otot
● Strok
● Insomnia / Sukar Tidur
● Jaundice / Penyakit Kuning
● Lumpuh

Keistimewaan BVSM:-
1. Anti-Radiasi.
2. Meningkatkan Metabolisma.
3. Menguatkan Sistem Imunisasi.
4. Penyerapan Nutrien Pantas.



UNTUK LIHAT TESTIMONI BOLEH SEARCH DI GOOGLE/YOUTUBE :
BIO VELOCITY SLEEP MATE TESTIMONI


DAPATKAN SATU SET ANDA HARI INI : AMIR 0195772844



Semangat Inspirasi


USING YOUR PEAKS AND VALLEYS
AT WORK AND IN LIFE

TO MANAGE YOUR GOOD AND BAD TIMES:
Make Reality Your Friend
Whether you are temporarily up on a Peak or down in a
 Valley, ask yourself: What is the truth in this situation?

TO GET OUT OF VALLEY SOONER:
Find And Use The Good Hidden In A Bad Time
Relax, knowing that Valleys end. Do the opposite of what put you in the Valley. Get outside of yourself: be of more service at work and more loving in life. Avoid comparisons. Uncover the good that is hidden in a bad time, and use it soon to your advantage.

TO STAY ON A PEAK LONGER:
Appreciate and Manage Your Good Times Wisely
Be humble and grateful. Do more of what got you there. Keep making things better. Do more for others. Save resources for your upcoming Valleys.

TO GET TO YOUR NEXT PEAK:
Follow Your Sensible Vision
Imagine yourself enjoying a better future in such specific, believable detail, that you soon enjoy doing what takes you there.

TO HELP PEOPLE:
Share It With Others!
Help people make good and bad times work for them, too.

From Book “Peaks and Valleys”: Spencer Johnson, M.D.

7 Habits Of Highly Effective People-Stephen R Covey

Isi Kandungan Buku The Seven Habits of Highly Effective People
Buku ini menyenaraikan 7 sikap atau prinsip asas seseorang manusia yang mana jika diusahakan akan dapat mendorong seseorang itu mampu mencapai apa sahaja yang ia ingini. Ia menjadi inspirasi dalam memberi dan meningkatkan motivasi bagi setiap orang yang membacanya.
Bahasanya sederhana, lugas dan mudah difahami disertai dengan contoh-contoh biasa yang sering ditemui dalam kehidupan seseorang itu seharian. Sehingga cukup mudah untuk difahami apa yang dimaksudkan oleh penulis.
7 Kebiasaan baik yang ditulis oleh Covey dalam buku ini mencakup:

1. PROAKTIF (Be Proactive).
Covey menekankan daya proaktif yang pernah digarapkan oleh Victor Frankl di dalam bukunya. Kemampuan memilih respon yang sesuai dengan nilai-nilai yang disebut proaktif. Sikap proaktif ini sememangnya digalakkan dalam Islam sendiri, jika berpandukan sirah Nabi SAW.
Kita mendapati Baginda SAW sering melaksanakan pelbagai usaha dan perancangan dengan kewujudan pelan A, B dan C dalam melaksanakan setiap tugasan tersebut. Ia merupakan strategi luar jangka yang perlu difikirkan oleh setiap orang sebelum melakukan sebarang kerja.
2. MEMULAI DENGAN TUJUAN AKHIR (Begin with the End In Mind)
Merumuskan apa yang sebenarnya menjadi tujuan kita. Menuliskan visi kita, kemudian baru menentukan langkah-langkah untuk mencapai tujuan. Menyelaraskan kegiatan sehari-hari kita dengan tujuan yang telah kita tentukan tersebut. Dalam hal ini, konsep ini sama dengan konsep yang Islam tentukan iaitu NIAT.
Niat sesuatu amalan memerlukan kepada pelaksanaannya dari awal tujuan hingga selesai tujuan tersebut.Dalam niat ia mesti ada (1) Niat atau tujuan untuk melakukannya (2) Tekad hati untuk melaksanakannya (3) Azam untuk melaksanakannya hingga selesai. Jadi itulah NIAT yang disarankan oleh Islam sebenarnya, bukan seperti sebahagian orang yang merasakan niat itu hanya di hati dan tidak melaksanakannya, jika itu yang terjadi, maka kalimah yang sesuai adalah angan-angan ataupun impian kosong.
3. DAHULUKAN YANG UTAMA (First Things First)
Menjadual dan mendahulukan kerja yang penting atas pekerjaan yang kurang penting. Ini sama dengan konsep yang pernah dipaparkan oleh Syeikh Yusuf al-Qaradawi di dalam bukunya berjudul Fiqh al-Awlawiyyat ataupun bermaksud Fiqh Keutamaan. Di dalam kitab al-Qaradawi itu ia lebih detail dan terperinci dalam bab ini. Bagi Covey, ada 4 kategori waktu yang dibahagikannya di dalam bukunya iaitu kategori:
a.Hal yang penting dan mendesak
Orang yang majoriti waktunya dihabiskan di sini berkemungkinan besar akibat terlalu banyak menunda dan mengabaikan perancangan dan pekerjaan yang perlu dilaksanakannya terlebih dahulu.
b.Hal yang penting dan tidak mendesak.
Orang yang menghabiskan sebahagian besar waktunya di sini adalah dengan belajar, evaluasi, perancangan yang baik dan membina hubungan baik dengan orang lain, termasuk dalam kategori ini.

c.Hal yang mendesak tetapi tidak penting.
Sesuatu yang kelihatan mendesak untuk dilaksanakan tetapi sebenarnya tidak penting.

d.Hal yang tidak mendesak dan tidak penting.
Di sinilah tempat bagi pemalas menghabiskan waktu. Membaca akhbar secara berlebihan dengan alasan mencari informasi, menonton TV berlebihan, banyak bersembang dan berbual kosong serta pelbagai situasi yang tidak mendatangkan sebarang faedah.
4. BERFIKIR MENANG-MENANG (Think Win/Win)
Perlunya ada sikap berfikir untuk berjaya pada setiap individu yang waras. Covey memberikan rangsangan ini bagi seseorang itu dapat menyelesaikan setiap perkara tanpa wujud perasaan putus asa yang sering membuatkan segala perancangan yang bakal dilaksanakan tergendala.
Oleh itu, sikap berusaha untuk berjaya akan membuahkan hasil yang lumayan sekalipun jalan ke sana begitu sukar. Islam sendiri menggariskan bahawa umat Islam adalah umat yang terbaik dari umat yang lain, sekalipun kalau dilihat kini mereka sering diancam dan dipersendakan. Namun, bagi orang yang beriman dengan Allah dan rasulNya, mereka tetap percaya dan bergantung pada firman Allah yang bermaksud Kamulah kelompok TERHEBAT!
5. BERUSAHA FAHAMI LEBIH DAHULU BARULAH MEMAHAMINYA (Seek First to Understand, Then to be Understood)
Covey menyatakan dalam sesuatu isu yang timbul sebelum kita melontarkan pemikiran atau idea, kita perlu memahami dahulu jalan fikiran orang yang diajak berbual. Sebelum memberikan sesuatu idea kita perlu meletakkan diri kita. Jikalau kita diposisi penerima, lakukanlah keadaan yang kita dapat mengiyakan bila kita dihadapkan pada situasi seperti itu.
Kemudian barulah kita lontarkan idea pemikiran kita pada orang tersebut. Oleh itu, tidak sepatutnya kita menjalankan program kita tanpa mempedulikan orang lain yang bersetuju atau tidak. Tetapi buatlah orang memahami hingga dapat mengiyakan terlebih dahulu dan cuba berlatih untuk berada di pihak penerima sebelum menyampaikan sesuatu idea dan perancangan.
6. WUJUDKAN SINERGI (Synergize)
Bagaimana taktik dan praktiknya menggambarkan suatu kerjasama yang sempurna. Kerjasama bukan sahaja digambarkan sebagai gotong-royong tetapi lebih dari itu dari aspek taktiknya. Menggambarkan satu kerjasama yang mendahulukan kerja yang berat dulu, kemudian baru menyelesaikan yang ringan.

Kerjasama ini juga perlu didukung oleh sikap moral yang baik dalam sesebuah rumpun masyarakat, sama-sama komponen yang paling kecil sekalipun seperti rakan, serumah, sekelas, sepejabat dan seterusnya.
7. ASAHLAH GERGAJI BAGI TAJAM (Sharpen the Saw)
Ini adalah falsafah yang perlu dilakukan dalam mempertajam dan memahirkan diri dalam apa jua keilmuan dan juga bidang yang diceburi. Pada ungkapan ini tidak tergambar ilmu untuk jalan dunia saja, tetapi juga untuk bekal akhirat. Adalah suatu keharusan untuk mempertajam ilmu baik ilmu dunia mahupun akhirat, bila tidak ingin ilmu tersebut hilang.

Isi yang ditulis cukup bagus, setidaknya boleh menjadi pedoman untuk hidup lebih efektif. Paling tidak, buku ini mampu menjadi panduan bagi kita untuk menjadi lebih baik lagi.

Buku ini tidak hanya menjadi best seller kerana telah menawarkan cara berfikir dan hidup yang lebih efektif. Namun, buku ini juga menjadi efektif kerana terbukti memberikan pengaruh yang besar dalam berbagai kalangan masyarakat yang membacanya.
Dalam buku ini juga ia tidak hanya memberikan panduan-panduan pembinaan diri dan peribadi yang dangkal. Lebih mendalam aspek yang ditekankan oleh Stephen R. Covey adalah dengan menawarkan suatu kesedaran baru tentang perlunya untuk kembali kepada kepentingan dan efektifnya pembinaan karakter bagi kehidupan manusia, individu mahupun kelompok.Selain penjelasan, buku ini juga dilengkapi dengan pelbagai ilustrasi dan analogi menarik. Bahkan, salah seorang di antara para pemberi komen buku ini seperti yang tertulis di kulit belakangnya secara terang menyatakan selamat tinggal pada para pemikir dan buku-buku yang memusatkan diri pada pembentukan keperibadian macam Norman Vincent Peale dan Dale Carnegie.
Buku yang begitu popular ini memberikan impak kepada penulisan Covey yang seterusnya dalam melahirkan karya berikutnya seperti buku The Power Of The 7 Habits, Applications And Insights, Seven Habits of Highly Effective Families dan Beyond the Seven Habits. Sambungan pada penulisan buku The Seven Habits ini ialah buku yang berjudul The 8th Habit: From Effectiveness to Greatness yang diterbitkan pada tahun 2004.
Anak lelaki Covey yang bernama Sean Covey telah menulis beberapa versi buku yang lebih menjurskan kepada anak remaja dengan tajuk The Seven Habits of Highly Effective Teens. Buku ini secara mudah dan ringkas ditujukan kepada para remaja. Pada bulan Oktober 2006, Sean Covey telah menerbitkan sebuah buku lain berjudul The 6 Most Important Decisions You Will Ever Make: A Guide for Teens. Panduan ini meletakkan masa yang sesuai dalam kehidupan seorang remaja dan beberapa bimbingan cara untuk berinteraksi dengan mereka. Abang kepada Sean Covey iaitu Stephen M.R. Covey pula telah menulis buku bertajuk The Speed of Trust.