Bersediakah Anda Menerima Kekayaan..Bacalah

Dipetik dari buku Tarik Kekayaan dengan Kuasa Minda Hasil Karya Amar Mahmood

Bayangkan diri anda seorang raja yang mempunyai banyak harta dan kaya. Kekayaan yang anda miliki terlalu banyak sehingga tidak tahu bagaimana mahu menggunakannya. Namun begitu di salah sebuah daerah yang anda kuasai, terdapat ramai orang hidup dalam keadaan miskin. sebagai raja yang baik hati, anda mahu memberikan kekayaan yang anda miliki kepada rakyat yang memerlukan. Tetapi....

 Anda ingin menjadi kaya, tetapi adakah anda sudah bersedia menerima kekayaan? Sebenarnya kekayaan ada di sekeliling kita. Namun, ramai antara kita tidak sedar dengan keadaan itu.

Ramai orang tidak berjaya mendapatkan kekayaan, tidak mampu menarik kekayaan walaupun bekerja kuat serta mempelajari pelbagai kemahiran kewangan dan ilmu pengetahuan secara fizikal.

Wang dan kekayaan adalah energi. Oleh itu , kekayaan mengalir apabila anda benar-benar bersedia menerima kekayaan secara fizikal, mental dan spiritual.

Penulis bercerita:

Pada suatu petang, sedang beliau minum bersama rakan-rakan tiba-tiba berhenti sebuah kereta mercedes CLK yang bernilai ratusan ribu ringgit.
Lalu penulis bertanya kepada seorang rakan beliau mahukah dia memiliki kereta itu. Rakannya menjawab " Memang susah mahu dapatkan kereta ini. Kereta ini hanya untuk orang kaya sahaja."

 Adakah anda tahu maksud tersirat yang anda hantar kepada minda separa sedar?

Kita sebenarnya sedang mengatakan kepada diri sendiri yang kita boleh menjadi kaya, tetapi perlu bekerja kuat terlebih dahului. Kita membuat persepsi yang salah berkenaan kekayaan. Persepsi itu adalah persepsi kita. Jadi bagaimana kekayaan dapat datang dengan mudah apabila kita sendiri menyuruh kekayaan datang dalam bentuk yang susah?

Fikir-fikirkanlah....

No comments:

Post a Comment