7 Khasiat buang air kecil cara betul...bacalah

Tips yang amat berguna ini di petik dari buku Langkah Bijak Usahawan Terbilang Karya Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah & Haji Muhammad Zakaria.


Seorang sahabat kepada penulis bertanya: Apa kaitannya buang air kecil cara betul dengan tidak berdiri serta beristibrak(berdehem) dengan kejayaan seorang usahawan?"

Penulis Menerangkan:

1. Buang air kecil dengan cara mencangkung atau duduk bertinggung di atas kaki kiri ialah sunnah Nabi. Melakukannya dapat pahala dan dianggap ibadah.

2. Buang air kecil berdiri ialah cara orang kafir.

3. Berdehem akan mengetuskan air kencing daripada pundi kencing dan saluran kencing(urethra)

4. Berdehem boleh mengelak penyakit batu karang.

5. Berdehem boleh menghilangkan rasa was-was ketika solat.

6. Berdehem boleh mengelakkan penyakit kencing tidak tus.

7. Bersikap teliti dalam perkara kecil seperti buang air kecil akan melatih kita untuk lebih teliti dalam sebarang pekerjaan.

 " Amboi buang air kecil pun sampai ada 7 khasiat" jerit sahabat penulis.


Apa sahaja kerja atau perbuatan yang ada di atas muka bumi ini, Modus Operandinya untuk keredaan Allah s.w.t adalah sama. 

Sekian.


 

No comments:

Post a Comment