Kesedaran Berkenaan Kekayaan...Bacalah

Ilmu Kekayaan 2

Kekayaan bermula dari dalam diri kita. Semua perkara yang wujud di dunia ini adalah hasil daripada apa yang wujud dalam diri manusia itu sendiri.

Begitu juga dengan kekayaan. Kekayaan yang wujud dan yang kita miliki hari ini adalah manifestasi dari dalam diri kita sendiri. Sebenarya sama ada kita sedar ataupun tidak.Kita mencipta kesedaran berkaitan kekayaan bermula dari dalam minda kita.(bole faham ye)

Zaman ini ramai orang mengalami kesempitan kerana mereka mencipta kemiskinan dalam diri mereka. Mereka sentiasa memikirkan MASALAH, SUSAH dan TAKUT yang dicipta sendiri. (betul atau tidak hanya diri kita sendiri yang tahu)

Contoh: Sahabat kita mencadangkan agar kita membuat perniagaan menjual burger untuk menambah pendapatan. 
Apakah fikiran anda secara spontan berkenaan cadangan itu?  (Cuba anda jawab dalam diri)

Pasti di antara fikiran anda adalah seperti berikut:

# saya tak pernah masak burger...boleh ke..
# saya tak ada modal yang cukup...
# saya takut tak laku....
# kat sini dah ramai orang jual burger...bole jual ke lagi..
# saya takut burger saya tak sedap...
# saya takde tapak yang sesuai...
# saya tak ade masa la...saya bekerja...
# saya malas la....

Sekiranya perkataan-perkataan di atas masih ada di dalam fikiran anda....anda masih jauh untuk menjadi kaya...Anda telah mencipta alasan kepada diri anda untuk TIDAK MENJADI KAYA.

segalaya bermula dengan minda kita...cubalah  bertukar kepada minda POSITIF...

Cuba fikirkan seperti di bawah:

$ Isyaallah saya cuba idea ini..
$ Saya akan usahakan untuk dapatkan modal...
$ Saya akan cari lokasi yang strategik...
$ Saya akan belajar membuat burger yang lebih istimewa..
$ Saya akan bahagikan masa saya .....

Amacam...boleh kan...Semangat Anda Akan Datang Sendiri setelah anda berfikiran lebih POSITIF.





No comments:

Post a Comment