Showing posts with label Petua Banyak Rezeki. Show all posts
Showing posts with label Petua Banyak Rezeki. Show all posts

Kesedaran Berkenaan Kekayaan...Bacalah

Ilmu Kekayaan 2

Kekayaan bermula dari dalam diri kita. Semua perkara yang wujud di dunia ini adalah hasil daripada apa yang wujud dalam diri manusia itu sendiri.

Begitu juga dengan kekayaan. Kekayaan yang wujud dan yang kita miliki hari ini adalah manifestasi dari dalam diri kita sendiri. Sebenarya sama ada kita sedar ataupun tidak.Kita mencipta kesedaran berkaitan kekayaan bermula dari dalam minda kita.(bole faham ye)

Zaman ini ramai orang mengalami kesempitan kerana mereka mencipta kemiskinan dalam diri mereka. Mereka sentiasa memikirkan MASALAH, SUSAH dan TAKUT yang dicipta sendiri. (betul atau tidak hanya diri kita sendiri yang tahu)

Contoh: Sahabat kita mencadangkan agar kita membuat perniagaan menjual burger untuk menambah pendapatan. 
Apakah fikiran anda secara spontan berkenaan cadangan itu?  (Cuba anda jawab dalam diri)

Pasti di antara fikiran anda adalah seperti berikut:

# saya tak pernah masak burger...boleh ke..
# saya tak ada modal yang cukup...
# saya takut tak laku....
# kat sini dah ramai orang jual burger...bole jual ke lagi..
# saya takut burger saya tak sedap...
# saya takde tapak yang sesuai...
# saya tak ade masa la...saya bekerja...
# saya malas la....

Sekiranya perkataan-perkataan di atas masih ada di dalam fikiran anda....anda masih jauh untuk menjadi kaya...Anda telah mencipta alasan kepada diri anda untuk TIDAK MENJADI KAYA.

segalaya bermula dengan minda kita...cubalah  bertukar kepada minda POSITIF...

Cuba fikirkan seperti di bawah:

$ Isyaallah saya cuba idea ini..
$ Saya akan usahakan untuk dapatkan modal...
$ Saya akan cari lokasi yang strategik...
$ Saya akan belajar membuat burger yang lebih istimewa..
$ Saya akan bahagikan masa saya .....

Amacam...boleh kan...Semangat Anda Akan Datang Sendiri setelah anda berfikiran lebih POSITIF.





Hakikat Kekayaan...Bacalah..

Ilmu Kekayaan 1.

Memahami hakikat sebenar kekayaan. Apakah itu kekayaan?
Apa yang kita faham berkaitan kekayaan?
Adakah kekayaan hanya berkenaan wang , rumah besar dan kereta mewah sahaja?

Kekayaan adalah situasi dimana individu mampu memiliki apa jua yang diingini dalam hidup sama ada secara material mahupun fizikal.

Maksud sebenar kekayaan adalah luas....

Ia bergantung kepada setiap individu sendiri untuk mentafsir maksud kekayaan...
 Ada orang kaya harta.
Ada orang kaya iman.
Ada orang kaya senyuman.
Ada orang kaya pertolongan
Ada orang kaya anak
Ada orang kaya isteri
Ada orang kaya tanah
Ada orang kaya fikiran
Dan pelbagai lagi kekayaan yang kita memang miliki sebenarnya...

Oleh itu BERSYUKURLAH DENGAN SEMUA KEKAYAAN YANG ALLAH KURNIAKAN.
Ucapkan Syukur kita melalui:

1. Hati
2. Percakapan
3. Fizikal/perbuatan

Selagi KITA TIDAK MERASA BERSYUKUR DENGAN NIKMAT ALLAH KITA AKAN SENTIASA BERASA KEKURANGAN...BERSANGKA BAIKLAH DENGAN ALLAH.




Bersediakah Anda Menerima Kekayaan..Bacalah

Dipetik dari buku Tarik Kekayaan dengan Kuasa Minda Hasil Karya Amar Mahmood

Bayangkan diri anda seorang raja yang mempunyai banyak harta dan kaya. Kekayaan yang anda miliki terlalu banyak sehingga tidak tahu bagaimana mahu menggunakannya. Namun begitu di salah sebuah daerah yang anda kuasai, terdapat ramai orang hidup dalam keadaan miskin. sebagai raja yang baik hati, anda mahu memberikan kekayaan yang anda miliki kepada rakyat yang memerlukan. Tetapi....

 Anda ingin menjadi kaya, tetapi adakah anda sudah bersedia menerima kekayaan? Sebenarnya kekayaan ada di sekeliling kita. Namun, ramai antara kita tidak sedar dengan keadaan itu.

Ramai orang tidak berjaya mendapatkan kekayaan, tidak mampu menarik kekayaan walaupun bekerja kuat serta mempelajari pelbagai kemahiran kewangan dan ilmu pengetahuan secara fizikal.

Wang dan kekayaan adalah energi. Oleh itu , kekayaan mengalir apabila anda benar-benar bersedia menerima kekayaan secara fizikal, mental dan spiritual.

Penulis bercerita:

Pada suatu petang, sedang beliau minum bersama rakan-rakan tiba-tiba berhenti sebuah kereta mercedes CLK yang bernilai ratusan ribu ringgit.
Lalu penulis bertanya kepada seorang rakan beliau mahukah dia memiliki kereta itu. Rakannya menjawab " Memang susah mahu dapatkan kereta ini. Kereta ini hanya untuk orang kaya sahaja."

 Adakah anda tahu maksud tersirat yang anda hantar kepada minda separa sedar?

Kita sebenarnya sedang mengatakan kepada diri sendiri yang kita boleh menjadi kaya, tetapi perlu bekerja kuat terlebih dahului. Kita membuat persepsi yang salah berkenaan kekayaan. Persepsi itu adalah persepsi kita. Jadi bagaimana kekayaan dapat datang dengan mudah apabila kita sendiri menyuruh kekayaan datang dalam bentuk yang susah?

Fikir-fikirkanlah....

Memberi menghidupkan suis pintu rezeki .....Cubalah...

Kalau anda mahukan sesuatu, berikannya pada orang. Merepekkah bunyinya?
  

Walau apa pun yang anda mahu, anda akan mendapat lebih banyak dengan memberikan sebahagian yang ada pada anda kepada orang lain.
Apabila petani mahukan lebih banyak benih, dia memberikan benih yang ada padanya kepada tanah.

Apabila anda mahukan senyuman, anda berikan senyuman.

Apabila anda mahukan kasih sayang, anda berikan kasih sayang.

Apabila anda menolong orang, mereka menolong anda.

Apabila anda mahu kena tampar di mulut?  anda tampar mulut orang.

Dan kalau anda mahu orang memberi wang? Berkongsilah sebahagian wang anda dengan orang lain.

Ada orang berkata : " Saya telah memberikan seluruh hidup saya, dan tidak mendapat balik satu apa pun."  Sebenarnya mereka tidak memberi. Tetapi mereka BERKIRA. Jelas  Bezanya.

Intisari: Rahsia memberi ialah memberi tanpa balasan walaupun sedikit. Kalau anda menjangka mendapat balasan, Anda mengharap hasil- dan apabila anda mengharap, Kuranglah yang terjadi.
Dipetik dari buku " Ikut Hati Anda" karya Andrew Methews